Saturday, 1 September 2012


Leko Leko  Sdn Bhd,
No 1900 Jalan Persiaran Gurney,
14300 Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang.                                                                                                                                         7 OGOS  2012


Jabatan Pertanian Fama,
Bahagian Pemasaran dan Produk Hiliran,
Jalan  Datuk keramat,
50500 Kuala Lumpur,

Tuan/Puan
MEMPROMOSI PRODUK BERASASKAN IKAN IAITU KEROPOK LEKOR
Merujuk perkara diatas, saya Mohamad Khairul Amin b. Roslan mewakili rakan kongsi syarikat Leko Leko Sdn Bhd memohon agar pihak Tuan membenarkan kami untuk menyertai ekspo yang dianjurkan oleh pihak tuan bagi mempromosi produk dari syarikat kami.
2.  Tujuan mempromosi produk ini ialah untuk memajukan industri halal dan menambah lagi produk bumiputera di pasaran dalam dan luar negara. Selain itu, kami dapat mempelbagaikan lagi produk kami dari semasa ke semasa melalui citarasa pengguna dan dapat meningkatkan lagi dari segi kualiti/mutu dan memuaskan kehendak pengguna. .
3.  Kelebihan produk kami ialah mengandungi sumber protein yang tinggi dan dapat membantu membina otot tubuh badan yang sihat. Kajian yang dijalankan di JEPUN menunjukkan bahawa jika mengambil ikan yang lebih dapat  membantu dalam tumbesaran otak. Selain itu, satu per empat dari jualan kami akan di dermakan kepada yayasan anak yatim dan yayasan rumah orang tua- tua untuk meringankan beban mereka.
   Pihak kami memohon agar permohonan ini dapat di pertimbangkan dan kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat kami hargai. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai produk dan syarikat boleh terus menghubungi syarikat kami di talian +053565356 / +0653565356 .
BERSIH, BERMUTU, BERDAYA SAING

 (…………………………….)
 Pengurus Syarikat ,
 Leko Leko Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment